Friday 21 April 2017

Di sebuah klinik 24jam di Shah Alam

“Doktor, baby saya ni menangis sejak dari pukul 2.00 pagi tadi. Saya dah tak tau nak buat macam mana. Tolonglah doktor periksa baby saya ni” – rayu ibu kepada doktor.

“Tapi anak puan ni diam je ..”kata doktor bila lihat bayi yang dalam pelukan ibu itu tidak menangis.

“Doktor ingat kami datang sini pagi-pagi ni suka-suka ke? Doktor kata kami bohong ke?” Marah si ayah bila dia rasakan doktor tak percaya kata-katanya.

“Tulah yang saya pelik..tadi kat rumah dia punya menangis satu taman boleh dengar…tup tup datang sini diam pulak.” Kata si ibu pula cuba meredakan kemarahan suaminya.

Doktor itu hanya tersenyum.

Ibu dan ayah itu pelik melihat baby mereka yang sudah tidak menangis dan mula melelapkan mata.

Jadi, apa sebenarnya masalah baby ini??

Kemudian, doktor bertanya beberapa soalan kepada ibu dan ayah itu.
-          Puan dah check sama baby ni lapar?
-          Puan dah cuba dodoikan baby?
-          Sepanjang waktu siang tadi baby tidur tak?
-          Puan ada bawa baby pegi travel mana-mana siang tadi?
-          Baby puan tidur dengan puan ke? Macam mana suhu bilik tempat baby tidur?
-          Lampin baby basah tak?
-          Puan dah check suhu badan anak? Panas tak?

Ibu dan ayah berpandangan sesama sendiri. Kemudian, si ayah menjawab.

“Sebenarnya kami baru sampai dari Kedah doktor. Kami sampai umah dalam pukul 12.00 malam tadi. Jalan jem teruk. Bila sampai umah, baby tidur kejap pastu dalam pukul 2 pagi dia bangun tak mula menangis tak nak diam-diam. Sebab tu kami datang sini.”

Doktor memeriksa baby mereka. Doktor tersenyum.

“Jadi, itulah masalahnya. Baby puan ni sebenarnya kepenatan. Dia penat berada dalam kereta dalam tempoh yang lama. Otot-otot baby puan ni lenguh dan dia merasa tidak selesa. Puan boleh urut baby dengan lembut. Bila baby datang sini, dia rasa selesa sebab suhu yang sejuk. Nanti bila balik, pastikan suhu bilik tempat baby ni tidor dalam suhu yang selesa. Jika puan guna kipas, biarkan kipas berpusing dalam kelajuan yang sederhana. ”

 “Oo….itu ke masalahnya. Kami ingatkan anak kami sakit.”

“Pesan saya, bila anak menangis, puan check dulu apa yang saya tanya tadi. Jika ada yang membimbangkan seperti suhu badan melebihi 37 celcius, puan bawa ke klinik.”

***
Puan pernah hadapi situasi seperti di atas?
“Anak saya menangis dari jam 5pm tadi tak behenti. Macam-macam minyak angin disapu kat perut. Nangis juga. Makin kuat, baru saya teringatkan KD, terus sapu kat perut dia. Alhamdulillah, dia DIAM terus TAK NANGIS” – Puan Amira

Baca testimoni lain di sini

No comments:

Post a Comment