Sunday 14 January 2018

Dialah Fatimatuz Zahra

Daurah "Dialah Fatimatuz Zahra'" bersama Ustazah Zainab al Khatib, mantan mudirah Darul Zahra', Tareem, Yaman 🌹
Bertarikh: 7/1/2018
Bertempat: Dewan Sayyidah Fatimah, Masjid Al Falah USJ 9, Subangjaya
Teks oleh: Jemaah daurah.

Antara tausiyah beliau:

- Di dalam hadis ada menyebutkan bahawa "rumah yang di dalamnya ada anjing, maka rahmat tidak akan masuk ke dalamnya". Begitu juga hati. Hati bagaikan sebuah rumah. Jika ada penyakit di dalamnya, rahmat ALLAH ditakutkan untuk tidak masuk ke dalam hati kita.

- Ilmu = cahaya, yang mampu menerangi hati kita.

- Tidak ada yang tahu maqom (darjat/kedudukan) Sayyidah Fatimah radiallahu anha melainkan ALLAH dan RASUL.

- Hadis: "Antara yang memiliki tingkat kesempurnaan di sisi ALLAH dalam kalangan muslimat; Sayyidah Khadijah, Sayyidah Fatimah, Sayyidah Asiah dan Sayyidah Maryam"

- Orang yang bertambah iman, akan dekat dengan makrifat (mengenal). Apabila mula mengenal, akan bertambahlah cinta dan iman.

-Semakin kenal, semakin dekat, semakin cinta, semakin ittiba' (mengikut)

Pada Saat Kelahiran Sayyidah Fatimah Radiallahu anha

- Ibarat keluarnya cahaya besar daripada ALLAH ke bumi.

- Terdapat khilaf dalam kalangan ulama' mengenai tarikh kelahiran Sayyidah Fatimah Radiallahu anha. Pendapat paling rojih (paling kuat) ; tahun ke 5 sebelum kerasulan Nabi SAW.

- Sayyidah Fatimah radiallahu anha merupakan anak yang ke-4.

- Bertambahlah kebahagiaan Sayyidah Khadijah Radiallahu anha selepas kelahiran Sayyidah Fatimah radiallahu anha kerana beliau sangat mirip dengan Nabi SAW.

- Berkata Ummu Salamah, "Sungguh bayi ini mirip sekali dengan Nabi SAW ".

- Bahkan Sayyidah Aisyah radiallahu anha juga berkata, " Sungguh di atas bumi ini, Sayyidah Fatimah, perlakuannya, rupanya, bentuknya, akhlaknya paling mirip dengan Nabi SAW"

- Sebagaimana miripnya Sayyidah Fatimah radiallahu anha dengan ayahnya secara zohir, juga ia pewaris Nabi SAW dari akhlak dan kesucian Nabi SAW"

- Salah satu kewajipan sebagai orang tua (ibu ayah) kepada anak ialah, beri nama yang baik sebagai doa.

- Diberi gelaran " الزهراء" . "Bunga Rasulullah" , bermaksud, yang indah bagi Nabi SAW dan Sayyidah Khadijah radiallahu anha.

- Kenapa "الزهراء(Bunga)"?
    : Warna kulitnya putih kemerahan.
    : Dari segi indahnya.

- Diberi gelaran " البتول"
    : dinisbahkan seperti Sayyidah Maryam radiallahu anha
    : hanya beliau (tidak ada yang sama seperti beliau di zamannya)

- Diberi gelaran "Rodhiyah" dan "Mardiyyah"
   : bermaksud yang redha & diredhai
   : ada ketenangan
   : ada siddiq

- Diberi gelaran At-Thohiroh
   : yang suci

- Diberi gelaran Ummu Abiha
   : gelaran istimewa daripada Nabi SAW
   : bermaksud "ibu kepada ayahnya"

Tempat Kelahiran Sayyidah Fatimah radiallahu anha

- Dilahirkan di rumah Sayyidah Khadijah radiallahu anha di Makkah.

- Rumah tersebut dinamakan Zuqoqul Hajar
   : tempat yang Nabi SAW sentiasa lalu
   : ada Hajar (batu) memberi salam kepada Nabi SAW setiap kali Baginda lalu di kawasan itu.

- Dilahirkan di dalam rumah yang penuh kesederhanaan

-Kebahagiaan sebenar ada dalam kesederhanaan

- Rumah yang sederhana itu terbina;
   :  3 bilik di dalam
   :  1 bilik di luar

- Bilik pertama
   : untuk Nabi SAW & Sayyidah Khadijah radiallahu anha

- Bilik ke-2
    : untuk puteri-puteri Nabi SAW

- Bilik ke-3
    : Untuk Nabi SAW berkhalwah dengan ALLAH SWT

- Bilik ke-4
   : untuk umum/tetamu

- Di sini Nabi SAW mengajarkan kita tentang pentingnya memisahkan antara anak lelaki & anak perempuan.

- Di usia Sayyidah Fatimah radiallahu anha 5 tahun, turunnya wahyu kepada Nabi SAW

- Di usia 5 tahun, beliau sudah menanggung beban dakwah Nabi SAW

- Sayyidah Fatimah radiallahu anha selalu di belakang ayahnya hingga mencapai belasan tahun.

- Sayyidah Fatimah radiallahu anha telah matang sebelum usia.

Dakwah dan Cinta

- Walau tujuan kita satu, tetapi jalan kita banyak berbeza-beza.
Sepatutnya tujuan satu, jalan pun perlu sama-sama.

- supaya kita tidak bercerai-berai
- kurang pemahaman dalam penyatuan ummat

- Apa yang sudah kita beri untuk ALLAH dan RASULNYA ?

- Cinta bukan sekadar pemberian, tetapi rasa, jiwa raga dan doa

- Setiap kali kita nak tampak akhlak Nabi SAW, kita mesti ada taalluq (hubungan) dengan Nabi SAW.

- Jalan dakwah bukan dalam paksaan, tetapi perlu ada rasa.
  :  walaupun tanpa lisan
  :  cukup dengan pandang sahaja, orang boleh ikut & terima dakwah kita

- Jika cinta, mesti ingin taqarrub (mendekat).

Pendidikan Sayyidah Fatimah radiallahu anha

- Hatinya sudah ALLAH siapkan untuk menanggung segala derita dan ujian.

- Walaupun Sayyidah Fatimah radiallahu anha yang paling dicintai Nabi SAW, Nabi SAW tetap menyuruhnya beramal sedangkan Nabi SAW boleh sahaja memberinya syafaat. Inilah didikan Nabi SAW.

- Pendidikan Sayyidah Fatimah radiallahu anha itu melalui kehidupannya bersama Nabi SAW

- Sayyidah Fatimah radiallahu anha sering mengulang sebut kalam-kalam hikmah Nabi SAW untuk meneguhkan hati dan keimanan. Begitu jugalah kita harus melakukan sedemikian.

- Nabi SAW redha dengan keredhaan Sayyidah Fatimah radiallahu anha dan Nabi SAW marah dengan kemarahan Sayyidah Fatimah radiallahu anha. Kerana Baginda tahu bahawa Sayyidah Fatimah radiallahu anha tidak akan melakukan sesuatu pun yang ALLAH tak redha

Dunia dan Media Sosial

- Jangan jadikan hati & akal kita menjadi sasaran musuh-musuh Islam.

- Terlalu banyak fitnah di media sosial.

- Jika kita punya suatu hajat, caranya doa dan diam. Tak perlu diberitahu seluruh dunia.

- Kita sering disibukkan dengan diri sendiri.

- Padahal kita sepatutnya bukan disibukkan dengan hal remeh temeh tetapi hendaklah bersibuk dengan ALLAH dan RASUL

Rohaniyyah

- Nikmat yang paling harus kita fikirkan ialah tingginya darjat ruh kita di sisi ALLAH

- RUH ialah sesuatu yang mulia di sisi ALLAH

- Ketika kita lebih mengutamakan rohani kita, RUH ini akan membawa darjat yang tinggi di sisi ALLAH SWT, sehinggakan walau makan sedikit, tidur sedikit, akan sentiasa rasa cukup.

Pada saat Sayyidah Fatimah radiallahu anha dikhitbah

- Sayyidina Ali karamallahu wajhah merupakan seorang yang sangat malu

- Suatu ketika, Sayyidina Ali datang ke rumah RASULULLAH SAW dengan niat utk meminang Sayyidah Fatimah radiallahu anha tetapi apabila sudah berada di hadapan Nabi SAW, lidahnya menjadi kelu dan tertunduk mukanya kerana begitu malu. Keberaniannya tadi sebelum datang ke rumah RASULULLAH SAW telah pun hilang.

- Nabi SAW sudah mengetahui hajat Sayyidina Ali walaupun belum disebutkan. Tetapi Nabi SAW tetap menunggu Sayyidina Ali untuk menyebutkan hajatnya.

- Apabila telah ditenangkan oleh Nabi SAW, barulah Sayyidina Ali mengutarakan hajatnya.

- Jawab Rasulullah SAW kepada lamaran Sayyidina Ali, ada riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW menjawab dengan lafaz " Ahlan Wasahlan " dan ada juga dengan lafaz " Ya..Dia untukmu ".

- Sayyidina Ali datang mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dia tidak mempunyai apa pun untuk pernikahan ini kecuali hanya sebilah pedang dan seekor unta tunggangan.

- Tanya Nabi SAW, "Di mana dulu ku hadiah kepadamu baju besi?" Lantas terus Sayyidina Ali ambil baju besinya dan diserahkan kepada Nabi SAW

- Nabi memerintahkan kepadanya untuk menjual baju besi tersebut untuk persiapan mahar.

- Baju besi telah terjual dengan harga 470 dirham. Sebahagian darinya diberikan kepada Nabi SAW untuk membeli wangi-wangian dan barang-barang untuk persiapan pernikahan. Sebahagian lagi untuk mahar Sayyidah Fatimah radiallahu anha.

- Seorang wanita itu dinikahi dengan 4 hal : agama, keturunan, rupa dan harta. Manakala bagi seorang lelaki pula kerana 2 hal: agama dan akhlak.

- Seorang suami yang membantu isteri itu bukan kerendahan tetapi kemuliaan.

- Kehidupan ini bukan terseri hanya dengan pemberian. Ada masa kita diberi dan ada masa kita diminta (diberi ujian dan sebagainya).

Antara amalan Sayyidina Ali dan Sayyidah Fatimah radiallahu anhuma

- Mengamalkan membaca tasbih ( سبحان الله) - 33 kali , tahmid ( الحمد لله) - 33 kali , takbir ( الله أكبر) - 33 kali, ketika hendak tidur.

- Dan tasbih (10x) , tahmid (10x) dan takbir (10x) , setiap kali selepas solat

Mahabbah

- Sabda Rasulullah SAW, " فاطمة بضعة مني" ( Fatimah ialah sebahagian dariku )

- Dasar di dalam rumah tangga ialah : Cinta kepada ALLAH dan RasulNya ( akan menumbuhkan mahabbah dalam keluarga )

- Ketika seorang wanita itu kukuh, rumahnya juga akan menjadi kukuh. Fungsi wanita di dalam rumah ibarat tulang belakang.

Kelahiran Cucu Baginda SAW

- Sayyidah Fatimah radiallahu anha telah melahirkan seorang putera pada bulan Ramadhan.

- Pada awalnya diberi nama oleh Sayyidina Ali dgn nama "Harb" yang bermaksud "perang" dengan niat kelak anak itu menjadi pejuang agama ALLAH.

- Tetapi RASULULLAH SAW yang menukarkan nama tersebut kepada HASSAN.

- Kemudian lahir pula putera ke-2 yang diberi nama Hussain

- Hassan : mirip dengan Nabi SAW dari pusat ke atas.
- Hussein : mirip dengan Nabi SAW dari pusat ke bawah.

Hari Kewafatan Nabi SAW

- Hari yang paling sedih bagi Sayyidah Fatimah radiallahu anha.

- Setelah kewafatan Nabi SAW, Sayyidah Fatimah radiallahu anha hanya menunggu masa untuk mengikuti ayahnya.

- Sayyidah Fatimah radiallahu anha mewasiatkan kepada Sayyidina Ali karamallahu wajhah , untuk kebumikan jasadnya pada waktu malam dan hanya dikebumikan sendiri oleh Sayyidina Ali lantaran kerana malu jika di lihat tubuhnya oleh orang ramai.

-Tanya ustazah, "Jika hilang sunnah Nabi SAW dalam diri kita, apakah pada kita ada rasa iftiraq (berpisah) dengan Nabi SAW ?"

Ringkasan Pesanan Ustazah Zainab Al Khatib

- Tumbuhkan cinta . Kerana dengan cinta, mudah untuk kita ikuti jalannya.

- Di akhir zaman ini, banyakkan diam tetapi bertafakkur. (Jangan diam tanpa tafakkur)

- Jika ingin bercakap, cakaplah hanya yang baik dan mulia.

-Kirimkan Al Fatihah kepada Sayyidah Fatimah radiallahu anha setiap kali selepas solat.

- 21 Jamadil akhir
    : tarikh lahir Sayyidah Fatimah
    : dianjurkan untuk membaca kitab "Uqdul Lul", Kitab manaqib dan sirah beliau, pada setiap bulan tanggal 21.



💓 Wallahu'alam.
Moga bermanfaat.
Moga bertambah makrifah.
Moga bertambah cinta.
Moga semakin ittiba' .
Moga kelak kita dihimpunkan bersama rombongan Sayyidah Fatimah radiallahu anha melepasi titian sirat.

ps: Maaf kerana banyak sekali kekurangan dalam catatan saya. Yang baik dari ALLAH, yang kurang dari diri saya sendiri. Betulkan saya jika ada kesalahan di dalam catatan ini.

Jazakumullah Khairal Jaza'
Barakallahu lakum.

- الفقيرة غرباء

#تريم
#الغناء

Saturday 13 January 2018

KD White

Dirumus daripada 100% daun tanpa campuran kimia dan sesuai untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah dan seluruh tubuh.

KD WHITE diadun secara tradisional oleh masyarakat ARAB.

Enam jenis daun dijemur kering dan dikisar halus dengan penuh ketelitian.

Campurkan 1:2
*Serbuk KD White 1/2 sudu teh*
*Air bersih 1 sudu teh.*
*Kacau rata dan oleskan di muka, leher, bawah ketiak, pelipat celah peha atau seluruh tubuh.*
Biarkan minima *30 minit sebelum dibilas.*

*Untuk kesan CERAH & HALUS yang maksima, sila guna minima 2x sehari dan ikut sukatan 1 serbuk : 2 air.*

AMARAN
*PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA PENGGUNA MENGALAMI PENGELUPASAN KULIT @ APA SAJA MASALAH KERANA INI ADALAH PENYEDIAAN HERBA DAN BERGANTUNG KESESUAIAN KULIT INDIVIDU.*

*Dicadangkan cuba dulu di kawasan selain muka seperti tangan, leher dan lain lain.*

*Kesan bergantung kekerapan penggunaan dan sukatan yang tepat.*

Wallahu a'lam
*Niat untuk cerah untuk diri sendiri terutama suami dan bukan untuk riak.*
SOLAWAT ya.
اللهم صل وسلم وبارك علىسيدنا محمد وعلى آل وصحبه أجمعين


KD Balm

Aktiviti harian akan kadang-kadang buat kita rasa 

* Lenguh-lenguh
* Sakit kepala
* Sakit pinggang

Ingin rasa lega.

Sapu sedikit KD BALM.

Sedapppppp je...bau sedap tak macam BALM. Rasa suam-suam panas tak menyengat.

Bebas alkohol
SUCI UNTUK SOLAT & TAWAF 


Cubalah InsyaAllah.

Pertanyaan lanjut klik KD Balm